Love Comes Again ?????
OHHHHH NOOOOO!!!!
PLEAZZZZZ....PLEZZZZZ..PLEZZZZZ....
GO AWAY!!
kenapa?? kenapa?? kenapa setelah empat tahun ianya muncul semula???
='((((
pergi main jauh-jauh!!
tolong jangan ambil berat pasal saya lagi..
kawan hanya kawan..
biarlah waktu yang decide kannya..
Friday, 7 September 2012
Monday, 13 August 2012
Kerinduan ku Pada-Mu
Kerinduanku Pada-Mu…
Tenang..tenang..sangat
tenang..itu yang dapat kurasakan..
Itu jualah yang paling aku
rindukan…
Madinah..kesucian kotamu
mengagumkan diriku..
Mekah..ketenangan yang terdapat
pada mu sangat mendamaikan jiwaku..
Masih terngiang-ngiang di kotak
fikiranku ini..
Tatkala.. tatkala..tatkala…
Saatnya aku mesti ..aku harus
meninggalkan Mekah..
Ya Allah..
Betapa sedihnya aku rasakan..
Mencurah-curah air mataku
keluar..
Tanpa mempedulikan orang
sekeliling..
Aku menangis melihatmu wahai
Kaabah..
Aku takut..takut sangat sekiranya
aku tidak lagi berpeluang menziarahimu
Kaabah..
Hanya Allah…hanya Allah yang
tahu…betapa rindunya ku padamu Kaabah..
Musim umrah pada cuti pertengahan
tahun memang sangat ramai dan penuh..
Yang paling aku sedih kerana aku
dan ibuku tak berkesempatan bersujud di Raudhah..
Padahal..
Alhamdulillah..sebelum ini aku
selalu berpeluang untuk sujud dan berdoa dalam Raudhah-Mu Ya Allah..
Namun..
Aku tak cepat mengeluh..
Ibu meyakinkan aku bahawa segala
yang berlaku ada hikmahnya..
Mungkin Allah ingin memberi ujian
kepadaku..
Mungkin Dia ingin melihat sejauh
mana kesabaranku..
Dalam setiap doa dan sujudku tak
pernah tertinggal doaku untuk sujud dalam Hijir Ismail.
Doa untuk menyentuhmu Kaabah tak
pernah terlepas selepas solatku..
Aku tahu Allah itu Maha
Mendengar..
Aku dan keluargaku berkesempatan
untuk sujud dan solat dalam Hijir Ismail..
Bagiku..bagiku..bagiku..
Itulah yang paling membuat hatiku
berasa sangat sayu….
Allah Mendengar Permohonan ku..
Aku yakin dengan Allah…
Sehingga saat ini..
ALHAMDULILLAH…
Kerinduanku pada-Mu tak pernah
luntur..
Malah aku selalu berharap, berdoa
agar kerinduanku pada-Mu akan terus bertambah..
Bagiku..
Kerinduan Pada-Mu..
Itulah yang paling berharga..
Itulah yang paling terindah.
12.14
(14/8/2012)
![]() |
Inilah Raudhah... Salah satu taman di syurga.. Moga aku dapat bertemu mu lagi.. ='( |
Friday, 10 August 2012
3 times in 5 years
kadang kala aku berfikir sendirian...
Allah telah menjemputku ke rumah-Nya sudah sebanyak tiga kali..
Adakah Allah ingin hamba-Nya yang seorang ini melakukan perubahan?
Ya..(aku yakin)
Alhamdulillah..
Pertama kali mengerjakan umrah sewaktu usiaku 14 tahun..(masih mentah )
Kedua kalinya ketika berusia 16 tahun..
Ketiga kalinya ketika berusia 19 tahun.. ( baru ke mengerti )
Ya Allah..betapa sayunya hati ini hanya Dia Yang Maha Mengetahui..
Menceritakan pengalaman ku ketika pulang dari sana..
Hal ini tak siapa tahu..
Hari2 diriku menangis..
Terkenangkan betapa tenangnya hatiku sewaktu berada di sana..
Aku sangat sangat bersyukur..
Dikurniakan kedua-dua ibu bapa (ALHAMDULILLAH) yang dapat membawa semua adik beradikku ke sana..
Aku masih ingat kata2 ayah ku..
Pernah ada suatu ketika..
Aku bertanya kepada ayahku..(antara soalan2nya lah..sebenarnya banyak lagi)
"Kenapa adik x boleh beli baju mahal2 ayah?"
"Kenapa ibu kena guna kereta kecik ayah?"
"Ayah, kenapa x buat rumah besar2 sikit? hehe"
Sampaikan kadang2 ku tertanya mengapa ayahku melatih kami adik beradik hidup dalam sederhana sedangkan tut..tut..tut..
Alhamdulillah Ya Allah aku sangat bersyukur dengan segala pemberian Mu ini untuk keluargaku..=')
Berbalik kepada soalan yang aku ajukan kepada ayahku..
Ayahku tidak memarahi aku..malah beliau senyum kepadaku sambil membalas soalanku itu..
"Sudah berapa kali adik pergi umrah?'
"Selama ni keperluan adik ayah beri x?"
"Cuba adik bayangkan kalau kita hidup dalam keadaan serba mewah, adik rasa ayah mampu ke bawa adik dan keluarga pergi umrah?"
"Adik..memang betul kadang2 mesti ada rasa jeles kan tengok kawan2 kita guna barang mahal2..tapi bukan ayah nak bangga la..ayah pernah bawa anak-anak ayah pergi umrah sebabkan kita x beli barang yang mahal2.."
"Itu yang paling ayah gembira"
Mendengar pengakuan ayahku itu..
Secara spontan...aku..
Baru ku sedar..
Dalam hidup ini x guna jika bermewah..
Beli baju, kasut sampai harga beratus2..
Bagiku...
Biar kita dicop kedekut (berjimat)
Tapi kita sanggup menabung untuk ke rumah Allah..
....
ALHAMDULILLAH..
Bila nak raya ni aku tengok kawan2 ku beli baju yang mahal2..
Sedangkan aku hanya sehelai jubah yang dibeli di Mekah..
SEHELAI SAHAJA..
Tapi aku x kisah..
Masih terngiang2 dalam telingaku..
Ibu cakap..
"Kat dunia ni kita jangan boros, nanti kat akhirat sana Allah akan tanya kita balik kenapa baju yang kita beli banyak2 tu x guna ? (dalam kata lain...boros la)"
Prinsip ibu aku mudah je..
Pakai sesuatu baju tu sampai nak lusuh..baru beli lain..
Dan aku masih berpegang dengan prinsip ibu itu!
Jadi, aku tak hairanlah jika lihat kawan2 hidup mewah...tapi aku sederhana..
Kerana aku ada alasan tersendiri..
aku sebagai fotographer mereka..(umrah jun 2012) I LOVE U...IBU AYAH!!!! MEREKALAH YANG MENGAJARKU ERTI HIDUP!! KAMSAHAMIDA APPA OMMA!!! |
Sunday, 29 July 2012
Percubaan Pertama
Assalamualaikum warahmatullah...
Sebenarnya, idea untuk membuat sebuah blog ini tercetus disebabkan aku terlihat blog salah seorang kawanku..
Aku jadi bersemangat dan seolah-olah mendapat inspirasi melalui penulisannya dalam blog dia..(even blog dia tidakla sehebat blog blogger terkemuka dunia..hehe)
Baiklah..
For the first entry ni, adalah lebih berhemah sekiranya aku terangkan serba sedikit tentang diriku..
Dah namanya pon blog aku ni..(NO ONE KNOW ME)..maka dengan itu, aku hanya terangkan sedikit sahajalah mengenai diriku ini..
Dilahirkan di Perak namun tidak pernah menetap di situ..
Pernah menetap selama 8 tahun di Selangor..
Kini, aku tinggal di....jeng jeng jeng...hehe..
ooo..mana leh habaq..nanti bukan rahsia la jawabnya...hihi
Merupakan pelajar IPG KAMPUS DARULAMAN..
Dan yang paling penting, seorang gadis ye..bukannya jejaka..
Kalau dah kempunan nak tau sangat, try la carik..
Kalau dapat tahu dah, memang respek la..
Rasanya x terlambat lagi kot untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Kejarlah ibadat-ibadat dalam bulan Ramadhan ini sementara kita masih dikurniakan nyawa..
Sampai di sini sajalah ye..
Jangan lupa terus nantikan entry2 aku selepas ini ye...
Sebenarnya, idea untuk membuat sebuah blog ini tercetus disebabkan aku terlihat blog salah seorang kawanku..
Aku jadi bersemangat dan seolah-olah mendapat inspirasi melalui penulisannya dalam blog dia..(even blog dia tidakla sehebat blog blogger terkemuka dunia..hehe)
Baiklah..
For the first entry ni, adalah lebih berhemah sekiranya aku terangkan serba sedikit tentang diriku..
Dah namanya pon blog aku ni..(NO ONE KNOW ME)..maka dengan itu, aku hanya terangkan sedikit sahajalah mengenai diriku ini..
Dilahirkan di Perak namun tidak pernah menetap di situ..
Pernah menetap selama 8 tahun di Selangor..
Kini, aku tinggal di....jeng jeng jeng...hehe..
ooo..mana leh habaq..nanti bukan rahsia la jawabnya...hihi
Merupakan pelajar IPG KAMPUS DARULAMAN..
Dan yang paling penting, seorang gadis ye..bukannya jejaka..
Kalau dah kempunan nak tau sangat, try la carik..
Kalau dapat tahu dah, memang respek la..
Rasanya x terlambat lagi kot untuk aku ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak..
Kejarlah ibadat-ibadat dalam bulan Ramadhan ini sementara kita masih dikurniakan nyawa..
![]() |
Teringin untuk datang lagi ke rumah Mu Ya Allah..<3 |
Sampai di sini sajalah ye..
Jangan lupa terus nantikan entry2 aku selepas ini ye...
Subscribe to:
Posts (Atom)