Monday, 13 August 2012

Kerinduan ku Pada-Mu


Kerinduanku Pada-Mu…

Tenang..tenang..sangat tenang..itu yang dapat kurasakan..

Itu jualah yang paling aku rindukan…

Madinah..kesucian kotamu mengagumkan diriku..

Mekah..ketenangan yang terdapat pada mu sangat mendamaikan jiwaku..

Masih terngiang-ngiang di kotak fikiranku ini..

Tatkala.. tatkala..tatkala…

Saatnya aku mesti ..aku harus meninggalkan Mekah..

Ya Allah..

Betapa sedihnya aku rasakan..

Mencurah-curah air mataku keluar..

Tanpa mempedulikan orang sekeliling..

Aku menangis melihatmu wahai Kaabah..

Aku takut..takut sangat sekiranya aku tidak lagi berpeluang menziarahimu  Kaabah..

Hanya Allah…hanya Allah yang tahu…betapa rindunya ku padamu Kaabah..

Musim umrah pada cuti pertengahan tahun memang sangat ramai dan penuh..

Yang paling aku sedih kerana aku dan ibuku tak berkesempatan bersujud di Raudhah..

Padahal..

Alhamdulillah..sebelum ini aku selalu berpeluang untuk sujud dan berdoa dalam Raudhah-Mu Ya Allah..

Namun..

Aku tak cepat mengeluh..

Ibu meyakinkan aku bahawa segala yang berlaku ada hikmahnya..

Mungkin Allah ingin memberi ujian kepadaku..

Mungkin Dia ingin melihat sejauh mana kesabaranku..

Dalam setiap doa dan sujudku tak pernah tertinggal doaku untuk sujud dalam Hijir Ismail.

Doa untuk menyentuhmu Kaabah tak pernah terlepas selepas solatku..

Aku tahu Allah itu Maha Mendengar..

Aku dan keluargaku berkesempatan untuk sujud dan solat dalam Hijir Ismail..

Bagiku..bagiku..bagiku..

Itulah yang paling membuat hatiku berasa sangat sayu….

Allah Mendengar Permohonan ku..

Aku yakin dengan Allah…

Sehingga saat ini..

ALHAMDULILLAH…

Kerinduanku pada-Mu tak pernah luntur..

Malah aku selalu berharap, berdoa agar kerinduanku pada-Mu akan terus bertambah..

Bagiku..

Kerinduan Pada-Mu..

Itulah yang paling berharga..

Itulah yang paling terindah.


12.14 (14/8/2012)



Inilah Raudhah...

Salah satu taman di syurga..

Moga aku dapat bertemu mu lagi..

='(

No comments:

Post a Comment