kadang kala aku berfikir sendirian...
Allah telah menjemputku ke rumah-Nya sudah sebanyak tiga kali..
Adakah Allah ingin hamba-Nya yang seorang ini melakukan perubahan?
Ya..(aku yakin)
Alhamdulillah..
Pertama kali mengerjakan umrah sewaktu usiaku 14 tahun..(masih mentah )
Kedua kalinya ketika berusia 16 tahun..
Ketiga kalinya ketika berusia 19 tahun.. ( baru ke mengerti )
Ya Allah..betapa sayunya hati ini hanya Dia Yang Maha Mengetahui..
Menceritakan pengalaman ku ketika pulang dari sana..
Hal ini tak siapa tahu..
Hari2 diriku menangis..
Terkenangkan betapa tenangnya hatiku sewaktu berada di sana..
Aku sangat sangat bersyukur..
Dikurniakan kedua-dua ibu bapa (ALHAMDULILLAH) yang dapat membawa semua adik beradikku ke sana..
Aku masih ingat kata2 ayah ku..
Pernah ada suatu ketika..
Aku bertanya kepada ayahku..(antara soalan2nya lah..sebenarnya banyak lagi)
"Kenapa adik x boleh beli baju mahal2 ayah?"
"Kenapa ibu kena guna kereta kecik ayah?"
"Ayah, kenapa x buat rumah besar2 sikit? hehe"
Sampaikan kadang2 ku tertanya mengapa ayahku melatih kami adik beradik hidup dalam sederhana sedangkan tut..tut..tut..
Alhamdulillah Ya Allah aku sangat bersyukur dengan segala pemberian Mu ini untuk keluargaku..=')
Berbalik kepada soalan yang aku ajukan kepada ayahku..
Ayahku tidak memarahi aku..malah beliau senyum kepadaku sambil membalas soalanku itu..
"Sudah berapa kali adik pergi umrah?'
"Selama ni keperluan adik ayah beri x?"
"Cuba adik bayangkan kalau kita hidup dalam keadaan serba mewah, adik rasa ayah mampu ke bawa adik dan keluarga pergi umrah?"
"Adik..memang betul kadang2 mesti ada rasa jeles kan tengok kawan2 kita guna barang mahal2..tapi bukan ayah nak bangga la..ayah pernah bawa anak-anak ayah pergi umrah sebabkan kita x beli barang yang mahal2.."
"Itu yang paling ayah gembira"
Mendengar pengakuan ayahku itu..
Secara spontan...aku..
Baru ku sedar..
Dalam hidup ini x guna jika bermewah..
Beli baju, kasut sampai harga beratus2..
Bagiku...
Biar kita dicop kedekut (berjimat)
Tapi kita sanggup menabung untuk ke rumah Allah..
....
ALHAMDULILLAH..
Bila nak raya ni aku tengok kawan2 ku beli baju yang mahal2..
Sedangkan aku hanya sehelai jubah yang dibeli di Mekah..
SEHELAI SAHAJA..
Tapi aku x kisah..
Masih terngiang2 dalam telingaku..
Ibu cakap..
"Kat dunia ni kita jangan boros, nanti kat akhirat sana Allah akan tanya kita balik kenapa baju yang kita beli banyak2 tu x guna ? (dalam kata lain...boros la)"
Prinsip ibu aku mudah je..
Pakai sesuatu baju tu sampai nak lusuh..baru beli lain..
Dan aku masih berpegang dengan prinsip ibu itu!
Jadi, aku tak hairanlah jika lihat kawan2 hidup mewah...tapi aku sederhana..
Kerana aku ada alasan tersendiri..
aku sebagai fotographer mereka..(umrah jun 2012) I LOVE U...IBU AYAH!!!! MEREKALAH YANG MENGAJARKU ERTI HIDUP!! KAMSAHAMIDA APPA OMMA!!! |
No comments:
Post a Comment