Kerinduanku Pada-Mu…
Tenang..tenang..sangat
tenang..itu yang dapat kurasakan..
Itu jualah yang paling aku
rindukan…
Madinah..kesucian kotamu
mengagumkan diriku..
Mekah..ketenangan yang terdapat
pada mu sangat mendamaikan jiwaku..
Masih terngiang-ngiang di kotak
fikiranku ini..
Tatkala.. tatkala..tatkala…
Saatnya aku mesti ..aku harus
meninggalkan Mekah..
Ya Allah..
Betapa sedihnya aku rasakan..
Mencurah-curah air mataku
keluar..
Tanpa mempedulikan orang
sekeliling..
Aku menangis melihatmu wahai
Kaabah..
Aku takut..takut sangat sekiranya
aku tidak lagi berpeluang menziarahimu
Kaabah..
Hanya Allah…hanya Allah yang
tahu…betapa rindunya ku padamu Kaabah..
Musim umrah pada cuti pertengahan
tahun memang sangat ramai dan penuh..
Yang paling aku sedih kerana aku
dan ibuku tak berkesempatan bersujud di Raudhah..
Padahal..
Alhamdulillah..sebelum ini aku
selalu berpeluang untuk sujud dan berdoa dalam Raudhah-Mu Ya Allah..
Namun..
Aku tak cepat mengeluh..
Ibu meyakinkan aku bahawa segala
yang berlaku ada hikmahnya..
Mungkin Allah ingin memberi ujian
kepadaku..
Mungkin Dia ingin melihat sejauh
mana kesabaranku..
Dalam setiap doa dan sujudku tak
pernah tertinggal doaku untuk sujud dalam Hijir Ismail.
Doa untuk menyentuhmu Kaabah tak
pernah terlepas selepas solatku..
Aku tahu Allah itu Maha
Mendengar..
Aku dan keluargaku berkesempatan
untuk sujud dan solat dalam Hijir Ismail..
Bagiku..bagiku..bagiku..
Itulah yang paling membuat hatiku
berasa sangat sayu….
Allah Mendengar Permohonan ku..
Aku yakin dengan Allah…
Sehingga saat ini..
ALHAMDULILLAH…
Kerinduanku pada-Mu tak pernah
luntur..
Malah aku selalu berharap, berdoa
agar kerinduanku pada-Mu akan terus bertambah..
Bagiku..
Kerinduan Pada-Mu..
Itulah yang paling berharga..
Itulah yang paling terindah.
12.14
(14/8/2012)
![]() |
Inilah Raudhah... Salah satu taman di syurga.. Moga aku dapat bertemu mu lagi.. ='( |